PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Friday, May 23, 2008

Nama-nama Ahli hingga Julai 2007



Struktur Pentadbir


PEMBENTUKAN AHLI JAWATANKUASA SEMENTARA

Pada 22 Januari 2006 bersamaan dengan 22 Zulhijjah 1426, Hari Ahad, jam 3.30 petang, bertempat di Dewan Wawasan Persatuan Melayu Keriam “PESAKA” Tutong, seramai 16 orang ahli telah membuat satu perjumpaan rasmi bagi menubuhkan kelab motosikal atau skuter bagi Daerah Tutong.

Dalam perjumpaan tersebut, satu keputusan telah dibuat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah kelab motosikal / skuter. Perjumpaan tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Awg Hj Md Yussof bin Hj Siput dan Awg Mosli bin Hj Abdul Hadis.

Hasil dari persetujuan bersama, satu pembentukan Ahli-Ahli Jawatankuasa Sementara (Protem Committee) telah dibentuk :-

Pengerusi : Awg Mosli bin Hj Abdul Hadis

Timbalan Pengerusi : Awg Md Danil bin Hj Othman

Setiausaha : Awg Rosli bin Hj Abd Rani

Penolong Setiausaha : Awg Hj Abd Malek bin Hj Imran

Bendahari : Awg Hj Md Yussof bin Hj Siput

Penolong Bendahari : Awg Iradat bin Hj Gador

Pemeriksa Kira-kira : Awg Md Shahrol Redhwan bin Hj Md Yussof

Ahli-Ahli Jawatankuasa :

Awg Azmin bin Hj Md Jali
Awg Md Hartini bin Hj Harith
Awg Jassin bin Nassir
Awg Hj Shahronieman bin Hj Othman
Awg Bakar bin Hj Simpol
Awg Manan bin Basing
Awg Ramli bin Bakar
Awg Md Amir Sofhian bin Hj Md Yussof.

TUJUAN

Sebagaimana juga dengan beberapa buah pertubuhan, persatuan atau kelab yang ada di Negara Brunei Darussalam ini yang telah sah pendaftarannya oleh pihak yang berkuasa, begitulah juga halnya dengan kelab yang hendak ditubuhkan ini dengan menggariskan beberapa tujuan dan matalamat penubuhannya seperti berikut :-

1.Menyatupadukan silaturrahim penunggang-penunggang atau peminat-peminat motor yang berjentera dua roda berkuasa rendah mahupun berkuasa tinggi.

2.Membantu pekembangan dan pembangunan sukan dan olahraga, hobi, kegiatan di Daerah Tutong dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

3.Menganjurkan kejohanan-kejohanan dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah, berkebajikan dikalangan ahli-ahli persatuan, pertubuhan-pertubuhan, kelab-kelab di peringkat daerah dan kebangsaan serta menyertai jemputan kejohanan-kejohanan dalam dan luar negeri.

4.Mendokong kegiatan-kegiatan pihak kerajaan dalam menjayakan acara-acara perayaan diperingkat Daerah hingga peringkat kebangsaan.

5.Bergabung dengan kelab-kelab, persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan didalam atau luar Negara.

6.Memelihara serta mematuhi undang-undang pengguna-pengguna kenderaan bermotor (berjentera) di jalan raya.

PENDAHULUAN

Keinginan untuk menubuh sebuah persatuan / kelab motosikal dan skuter di Daerah Tutong ini beberapa perjumpaan oleh peminat-peminat dan pemilik-pemilik motosikal serta skuter dari Daerah Tutong dan lain daerah telah dibuat beberapa kali bagi membincangkan cadangan penubuhannya pada akhir tahun 2005 dan pada awal tahun 2006 cadangan penubuhannya pun terus giat dibincangkan.