PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Wednesday, December 30, 2009

PEMBUBARAN AJK EKSPEDISI KE KENINGAU-KOTA KINABALU DAN SESI POST MORTEM EKSPEDISI





RABU, 24hb Disember 2009 – Satu perjumpaan ahli kelab KEKAL telah diadakan di Balai Raya Kampong Keriam, bagi satu sessi post mortem Ekspedisi ke Keningau – Kota Kinabalu, Sabah yang baru sahaja berlalu dan diteruskan dengan pembubaran AJK-AJK dalam ekspedisi tersebut dan seterusnya menyaksikan klip-klip dan rakaman gambar-gambar yang telah diambil untuk mengenang semula keriangan dan kegembiraan yang telah dirasakan yang penuh dengan pengalaman pahit-manis ekspedisi yang baru sahaja dilalui bersama.

EKSPEDISI KEKAL KE KENINGAU - KOTA KINABALU, SABAH











TUTONG, 17hb Disember 2009M – Kelab KEKAL daerah Tutong sekali lagi telah mengadakan ekspedisi konvoi bermotor dengan destinasi kali ini ialah menuju ke Daerah Keningau dan Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 32 orang ahli berdaftar kelab ini telah pun menyertai ekspedisi selama 4 hari 3 malam ini. Mengalu-alukan kedatangan kami semasa di Pekan Keningau ialah Presiden Keningau Bikers Community iaitu Encik Rahmat yang turut membawa rombongan ekspedisi melawat ke beberapa buah tempat menarik disini seperti Batu 16 di Jalan Kimanis – kota Kinabalu, Air Terjun Mahua, dan Tambunan Village Resort. Setelah bermalam selama 2 hari di Pekan Keningau, rombongan meneruskan perjalanan menuju ke Kota Kinabalu dengan melalui jalan Tambunan, Gunung Emas dan Penampang. Para peserta ekspedisi berangkat pulang pada keesokan harinya dengan membawa 1001 kenangan manis untuk dikongsikan bersama keluarga dan telah selamat sampai ke Brunei Darussalam pada jam 7.19 malam.
Boleh juga melawat laman web ini dan ini untuk mendapat lebih gambaran jelas.

Wednesday, December 16, 2009

SEHARI SEBELUM EKSPEDISI KE KENINGAU – KOTA KINABALU SABAH





RABU, 16hb Disember 2009 – Sehari sebelum ekspedisi KEKAL bertolak menuju ke Keningau dan Kota Kinabalu, Sabah - ahli-ahli kelab KEKAL yang telah mendaftar untuk menyertai ekspedisi ini telah hadir dan berkumpul beramai-ramai di tempat kediaman Yang Di-Pertua KEKAL di Kampong Keriam Tutong bagi sama-sama mendengar serba sedikit penerangan, taklimat, peraturan, langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil maklum oleh peserta ekspedisi pada keesokan harinya nanti. Pada petang itu juga di selajurkan dengan bacaan do’a selamat yang dipimpin oleh Ustaz Shahrol Redhwan atau Diding bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan dalam menempuh perjalanan panjang dan seterusnya diakhiri dengan menikmati jamuan. Pada petang itu juga peserta menyerahkan passport dan pass-pass kenderaan kepada AJK pengurusan imigresen dan kastam untuk memudahkan perjalanan pada pagi besok disamping penyerahan baju-baju ekspedisi yang akan di guna pakai nanti dan juga baju yang telah disumbangkan oleh New Motors Sdn Bhd. Keriangan jelas terpapar di wajah peserta-peserta ekspedisi pada petang itu dan kelihatannya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan ekspedisi pada pagi keesokkan harinya.