PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Monday, February 15, 2010

Merdeka Ride 2010

Di Maklumkan kepada ahli-ahli KEKAL, Kelab kitani akan mengadakan 'MERDEKA RIDE' bersempena 26 tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan tema 'NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM' dan diteruskan dengan majlis makan malam.

Pada: 20hb Febuari 2010
Jam: 8mlm
Bertempat: Mangrove Paradise Resort

Bagi Dewasa $10 per head
Bagi Kanak-kanak berumur 6-12 tahun $5 per head

Ahli KEKAL boleh membawa ahli keluarga masing-masing. Pakaian Hitam yang ditaja oleh New Motor Sdn. Bhd.

Bagi ahli yang di Dearah Tutong berkumpul jam 5.15ptg di RT Hj Imran.
Bagi ahli yang berada di BSB berkumpul di Masjid Sengkurong jam 6.15ptg

*Sila info kepada ahli-ahli yang lain. Keterangan lanjut boleh menghubungi KK101 @ Hj Azri di talian 8849752. Tempahan atau pembayaran berakhir pada 19hb Febuari 2010 (Juma'at)


''PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN''

Tuesday, February 9, 2010

Dua puluh enam sertai Ekspedisi Mendaki Gunung Pagon




Setiausaha Tetap II Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Dato Paduka Haji Mohd Hamid Haji Mohd Jaafar hari ini melancarkan Ekspedisi Mendaki Gunung Pagon di kawasan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan doa selamat sebelum tetamu kehormat majlis memeriksa barisan peserta dan ahli jawatankuasa program belia cinta tanah air ke V 2010.

Beliau seterusnya membunyikan hon bagi melepaskan 26 peserta yang terdiri daripada lapan peserta Daerah Tutong, lima peserta Daerah Belait, lima peserta Daerah Temburong dan lapan peserta Daerah Brunei dan Muara. Tetamu kehormat turut berpeluang menyampaikan Bendera Negara yang bakal dibawa bersama-sama ekspedisi itu kepada ketua ekspedisi Haji Ramli Haji Kurus yang bakal mengetuai peserta bermula 8 hingga 11 Februari 2010.

Program berkenaan dikendalikan Jabatan Belia dan Sukan dianjurkan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bertujuan meningkatkan semangat kenegaraan di kalangan belia serta memupuk nilai hidup bermasyarakat, beragama, bernegara serta berpersatuan di kalangan belia.

Program belia cinta tanah air itu bermula 7 hingga 28 Februari dengan menampilkan tiga fasa antaranya bertemakan "Iltizam Belia Dengan Orang Ramai", Menyertai Perbarisan Lalu sambutan Hari Kebangsaan" dan "Berkhidmat Untuk Masyarakat".

Majlis hari ini juga di meriahkan dengan bantuan kenderaan pacuan empat roda oleh Persatuan Empat Roda Negara Brunei Darussalam, Persatuan CARE dan badan sukarelawan Brunei Darussalam diiringi oleh Kelab Motor KEKAL Tutong dan Kelab Bikers BERSATU.

Oleh Mohamad Asyramisyanie (Media Permata)

Ahli kelab motosikal turut sama meriahkan pengibaran Bendera Kebangsaan


TUTONG, Isnin - Sebanyak 45 buah motosikal dari Kelab Motosikal 'KEKAL' Daerah Tutong bersama lebih 15 buah kenderaan, Persatuan Pacuan Roda 4X4 Tutong telah mengiringi Pemangku Pegawai Daerah Tutong untuk membawa Bendera Kebangsaan sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan yang ke-26.

Konvoi ini bermula dari jalan kawasan tamu Kampung Kupang menuju Perkarangan Tamu Kampung Serambangun, tempat upacara menaikkan Bendera Kebangsaan bagi Daerah Tutong diadakan.

Antara lain konvoi mengiringi pembawa bendera ini diadakan adalah untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada 23 Februari ini.

Oleh H Bat (Media Permata)