PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Friday, July 23, 2010

MENYAMBUT KEDATANGAN KELAB SKUTER ELEGAN SABAH (KSES)


Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat ahli-ahli Kelab KEKAL dimana saja biskita berada, Seperti mana yang sudah kita maklumi bahawa saudara kita dari Sabah iaitu Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) akan bertandang mengunjungi negara kita Brunei Darussalam pada esok hari 24hb Julai 2010 selama 2 hari 1 malam. Disini disediakan beberapa makluman mengenai tarikh dan waktu untuk tindakan biskita ahli-ahli Kelab KEKAL selanjutnya.


TARIKH
24hb JULAI 2010

HARI
SABTU

JAM
1.30 petang - 2.00 petang

AKTIVITI
Ahli-ahli KSES dijangka akan sampai dan akan menginap di Jeruton Hotel, Jerudong. Mana-mana ahli yang selesai bertugas atau sedang bercuti bolehlah sama-sama menunggu dan menyambut kedatangan mereka di Kedai berhampiran Stesen Minyak di Limau Manis bersama-sama ahli-ahli yang lain dan seterusnya mengiringi perjalanan mereka menuju ke Jeruton Hotel.

JAM
6.30 petang - 10.30 malam

AKTIVITI
Dijangka bergerak meninggalkan Jeruton Hotel menuju ke Serusop untuk makan malam dan menikmati suasana malam perayaan di Bandar Seri Begawan


SEKIAN HARAP DIMAKLUMKAN

Monday, July 19, 2010

PERLAWANAN BOWLING KELAB KEKAL


























Keputusan Markah Ketika bermain bowling pada 16hb July 2010 bertempat di Bowling Utama, Jalan Tutong:

1. Md Sia - 159
2. Junaidi - 141
3. Azri - 138
4. Hj Rosman - 111
5. Khalidi - 106
6. Nata - 105
7. Saifullah - 99
8. Hj Yussof - 89
9. Hafizam - 78
10. Yamat,Tennyson,Salim - 76
13. Rosni - 69
14. Hj Malek,Shahrol - 67
16. Samsudin - 66
17. Daniel - 65
18. Rijal,Hj Sukaimi,Saiful - 61
21. Nazri - 60
22. Sarinah - 55
23. Faizal - 51
24. Amir - 47
25. Norazilah - 46

Terima Kasih Atas Segala Kerjasama Yang Diberikan Sepanjang Perlawanan Dijalankan, Menang Dan Kalah Adalah Adat Permainan, Namun Untuk Mengeratkan Lagi Silaturrahim Sesama Kita Adalah Matlamat Utama

"PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN"

Wednesday, July 14, 2010

DIRGAHAYU KEBAWAH DULI TUAN PATIK


Sembah Ucapan Selamat Hari Puja Usia Yang Ke-64 Tahun Dengan Iringan Doa Semoga Allah Melanjutkan Usia Kebawah Duli Tuan Patik, Sentiasa Mendapat Rahmat Dan Dalam Perlindungan Allah Subhaanahu Wa Ta'ala, Kekal Karar Memerintah Di atas Tahta Singgahsana. Daulat Kebawah Duli Tuan Patik

Friday, July 9, 2010

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM YANG KE-64 TAHUN




























TUTONG, 01hb JULAI 2010 - Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 64 tahun. Kelab Motosikal “KEKAL” sekali lagi telah dijemput bagi sama-sama mengiringi Pemangku Pegawai Daerah Tutong membawa bendera negara menuju ke Pasarneka dan Kompleks Tamu di Kampung Serambangun, Tutong. Seramai lebih dari 20 orang ahli kelab KEKAL telah pun menyertai rombongan pada pagi tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada pagi tersebut ialah Hj Mohd Rozan bin Dato Paduka Hj Mohd Yunos, Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan. Majlis dimulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah dan Do’a Selamat oleh Awg Saiful bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Penapar Tutong. Bendera Negara seterusnya dibawa melalui perarakan masuk yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awg Abd Ghani bin Hj Othman. Pemangku Pegawai Daerah Tutong seterusnya menyerahkan bendera kebangsaaan kepada Tetamu Kehormat yang kemudiannya menyerahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaikkan.

Turut menyertai acara pada pagi tersebut selain daripada Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong ialah Persatuan Kenderaan Pacuan 4 Roda Daerah Tutong, Persatuan Pengakap Daerah Tutong, Kadet Polis dan Kadet Tentera dari Ma’had Islam Brunei, Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Tutong dan Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian Koir bertajuk “Dirgahayu dan Rahmat” yang dinyanyikan oleh Pegawai-Pegawai dan kakitangan-kakitangan dari Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Tutong.