PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Friday, July 1, 2011

SSEAYAP Charity Walkaton














Thursday, June 30, 2011

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-3 SESI 2011/2013 KELAB MOTOSIKAL KEKAL DAERAH TUTONG








































TUTONG, Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong sekali lagi mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke-3 bagi sesi 2011/2013 bagi Membentangkan laporan kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan, rancangan-rancangan yang sudah terlaksana dan yang belum terlaksana serta laporan kewangan KMKDT sesi 2009/2011 dan seterusnya membubarkan Ahli Jawatankuasa sesi 2009/2011 dan melantik Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2011/2013.

Majlis mesyuarat ini telah diadakan pada hari Ahad, 24hb Rejab 1432H bersamaan dengan 26hb Jun 2011H bertempat di Dewan Kemasyarakatan Pekan Tutong, Kampong Serambangun, Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan Mesyuarat Agong ini ialah Yang Mulia Awang Abdul Ghani bin Hj Othman, Penolong Pegawai Daerah Tutong.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan do’a selamat yang dibacakan oleh KK079 – Muhd Nazri bin Hj Md Salleh, Ketua Biro Keugamaan KMKDT, dan seterusnya ucapan dari pengerusi majlis KK087 – Salim bin Sidek. Tetamu Kehormat Majlis juga turut menyampaikan ucapan yang antara lain menyentuh penglibatan Kelab supaya akan dapat meneruskan segala kegiatan dan aktiviti yang bermanfaat samada melibatkan aktiviti kenegaraan, kemasyarakatan dan sebagainya serta hendaklah menjaga persefahaman dan keharmonian sesama ahli sehingga tidak mudah untuk berpecah-belah sehingga kelab jatuh terkubur begitu sahaja.

Dengan terlantiknya AJKTT 2011/2013 yang baru ini diharapkan agar KMKDT akan terus maju dengan kegiatan-kegiatan serta aktiviti-aktiviti yang menjanjikan kepuasan kepada ahli-ahli yang selama ini setia kepada KMKDT. Tidak lupa juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kepada Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia awang Abdul Ghani bin Hj Othman, Penolong Pegawai Daerah Tutong, Jemputan-Jemputan Khas, Pejabat daerah Tutong, JASTRE, Unit Media Massa, Radio Televisyen Brunei, Sunlit Advertising Sdn.Bhd, AJK-AJK Penyelenggara Mesyuarat Agung ke-3 KMKDT, AJK-AJK Jawatankuasa Tertinggi KMKDT serta ahli-ahli KMKDT yang bertungkus-lumus mengungkayahkan serta memeriahkan lagi majlis mesyuarat agung ini.