PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Showing posts with label Ekspedisi Tahunan. Show all posts
Showing posts with label Ekspedisi Tahunan. Show all posts

Friday, June 11, 2010

SLIDE SHOW - EKSPEDISI KELAB KEKAL KE KOTA KINABALU - KUNDASANG - RANAU, SABAH 2010



Lagi laporan Ekspedisi ke Kota Kinabalu - Kundasang - Ranau, Sabah boleh didapati di SINI dan SINI, Gambar-gambar yang lain semasa ekspedisi juga boleh didapati di SINI dan juga di SINI

EKSPEDISI KELAB KEKAL KE KOTA KINABALU - KUNDASANG - RANAU, SABAH ( PART II )
















































Sepanjang 4 hari ekspedisi Kelab KEKAL dijalankan di Kota Kinabalu ini, tidak terdapat sebarang kerosakan serius kepada enjin atau sebagainya yang memerlukan kenderaan recovery Kelab KEKAL bertindak untuk memainkan peranannya, kebanyakan masalah-masalah motosikal yang timbul sepanjang perjalanan telah dapat diatasi bersama dengan kemahiran-kemahiran teknikal yang ada dalam ahli Kelab KEKAL.

Rombongan konvoi ekspedisi Kelab KEKAL akhirnya mula berangkat meninggalkan Kota Kinabalu pada pukul 12.45 tengahari setelah mendengar sedikit taklimat dan ucapan penghargaan kepada Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) yang sanggup berhujan berpanas bersama kami dan seterusnya bersalam-salaman serta bermaaf-maafan dengan ahli-ahli dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) yang banyak membantu Kelab KEKAL sepanjang berada disana.

Al-hamdulillah, setelah menempuh perjalanan sejauh 220 Km dalam keadaan cuaca hujan lebat, akhirnya rombongan Ekspedisi Kelab KEKAL telah selamat sampai ke Pos Imigresen Kuala Lurah Negara Brunei Darussalam pada jam 8.50 malam. Dengan itu, berakhirlah ekspedisi kami secara rasminya dengan menghimpun perjalanan sejauh 1030 Km yang bermula dari Balai Polis Limau Manis dan berakhir di restoran tersebut. Peserta-pesereta yang menyertai ekspedisi seterusnya bersurai disini setelah bermaafan-maafan dengan peserta-peserta konvoi yang lain dan seterusnya pulang kerumah dengan membawa 1001 kenangan untuk dikongsikan bersama ahli-ahli keluarga yang sudah sedia menanti.


UCAPAN PENGHARGAAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA
1. AJK Ekspedisi kali ke-5 Kelab KEKAL
2. Peserta-peserta ekspedisi Kelab KEKAL 2010
3. Balai Polis Limau Manis
4. Pos Imigresen Kuala Lurah/Limbang/Puni/Labu & Sindumin
5. Ahli-ahli dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES), terutama Bro Azmi, Mr.Tan, Kingsley dan mereka-mereka yang banyak membantu perjalanan ekspedisi kami
6. Ibnu Robi Ahmad, Kg Likas
7. Mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Thursday, June 10, 2010

EKSPEDISI KELAB KEKAL KE KOTA KINABALU - KUNDASANG - RANAU, SABAH ( PART I )
















































JUMA’AT, 04hb JUN 2010 – Kelab motosikal KEKAL sekali lagi telah berjaya mengadakan Ekspedisi konvoi bermotor untuk tahun 2010 ini dan ianya juga merupakan ekspedisi bermotor kali ke-5 Kelab KEKAL sepanjang penubuhannya.

Berbeza pada tahun-tahun yang sudah sebelum ini, pada tahun 2010 ini kelab KEKAL telah mengadakan ekspedisi seawal bulan Jun berbanding bulan Disember seperti yang pernah dilakukan pada tahun-tahun yang sudah sebelum ini. Pada tahun 2010 ini, kelab KEKAL sekali lagi telah memilih untuk menuju ke Kota Kinabalu, Sabah sebagai destinasi ekspedisinya. Disana nanti Kelab KEKAL akan disambut oleh member-member dari Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) dan mereka juga telah bermurah hati merancang beberapa aktiviti dan juga beberapa siri lawatan ke tempat-tempat menarik untuk ahli-ahli dalam kelab KEKAL ini. Ekspedisi sepanjang 4 hari 3 malam Kelab KEKAL ini telah disertai oleh seramai 21 orang ahli kelab KEKAL dengan diiringi oleh sebuah kenderaan recovery khas untuk pengangkutan motosikal jika peserta konvoi menghadapi sebarang kemungkinan kerosakan motosikal sepanjang ekspedisi dijalankan.

Pelbagai aktiviti-aktiviti telah disediakan untuk rombongan ekspedisi kami selama 4 hari 3 malam ini termasuklah jemputan perkahwinan daripada 2 orang ahli keluarga Kelab Skuter Elegan Sabah di Daerah Ranau dan Inanam. Antara tempat-tempat menarik yang sempat disinggahi sepanjang ekspedisi selain dari Kota Kinabalu pula ialah Pekan Nabalu, Tamu Kundasang, Pekan Ranau, Tagal Sungai Moroli Kg Luanti Baru, Kinabalu Park dan Jambatan Tamparulli.

Ekspedisi Kelab KEKAL yang dijalankan pada kali ini bertepatan dengan musim cuti persekolahan penggal ke-3 sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan hubungan silaturrahim sesama ahli yang menyertai disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kekeluargaan dengan kelab-kelab dari luar negara.