PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Showing posts with label Perjumpaan. Show all posts
Showing posts with label Perjumpaan. Show all posts

Saturday, June 12, 2010

SESSI POST-MORTEM DAN PEMBUBARAN AJK EKSPEDISI KALI KE-5 KE KOTA KINABALU - KUNDASANG - RANAU, SABAH
























AHAD, 13hb JUN 2010 – Satu perjumpaan ahli-ahli kelab KEKAL telah diadakan di Restoran Hj Imran, Kampong Keriam, Tutong bagi satu sessi Post-Mortem Ekspedisi ke Kota Kinabalu - Kundasang - Ranau, Sabah yang baru sahaja berlalu. Perjumpaan ini adalah bertujuan bagi membincangkan segala kekurangan dan permasalahan yang timbul sepanjang ekspedisi untuk tindakan susulan dan juga untuk memperbaiki lagi permasalahan yang ditimbulkan agar ianya tidak berlaku lagi pada ekspedisi yang akan datang. Sessi Post-Mortem pada petang itu juga telah diteruskan dengan pembubaran AJK-AJK dalam ekspedisi tersebut dan seterusnya menyaksikan klip-klip dan rakaman gambar-gambar yang telah diambil untuk mengenang semula keriangan dan kegembiraan yang telah dirasakan yang penuh dengan pengalaman pahit-manis ekspedisi yang baru sahaja dilalui bersama.

Wednesday, April 21, 2010

Perjumpaan ekspidisi 4-7 Jun 2010

Kekal akan mengadakan ekspidisi ke KK-Kundasang Sabah pada 4-7 Jun 2010. Semua ahli yang berdaftar dipelawa untuk menyertainya dan hendaklah bersiap sedia memohon cuti keluar negeri.

Sehubungan dengan itu, diminta ahli-ahli yang ingin menyertai supaya dapat menghadirkan diri (wajib) pada perjumpaan yang akan diadakan pada 25 April 2010 (Ahad) di Balai Raya Keriam pada pukul 4 petang. Ini adalah kerana ada makluman yang perlu diketahui & dipersetujui pada hari tersebut.

Untuk pengetahuan lanjut bolehlah menghubungi Pengurusi Tetap KEKAL KK008 Rosli Har ditalian 8161208

Harap Maklum.

PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Saturday, January 23, 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAB KEKAL YANG KE-5 TAHUN


















More pics - click here


JUMA’AT @ 22hb JANUARI 2010 – Pada hari ini, bagi meraikan ulang tahun yang ke-5 penubuhannya, Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah pun mengadakan satu Majlis Tahlil serta Do’a kesyukuran bertempat di RESTORAN SAFARI BISTRO, KIULAP pada jam 4.30 petang. Seramai lebih kurang 50 orang ahli KEKAL yang berdaftar telah pun menghadirkan diri bagi sama-sama memperingati hari ulangtahun bersejarah kelab KEKAL ini.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh KK070 – Awg. Eddie Armie Bin Hj. Zakaria dan seterusnya ucapan dari YDP dan juga NYDP KEKAL sendiri iaitu KK001 – Cikgu Haji Yussof Bin Hj Siput dan KK002 – Awg. Mosli Bin Haji Abd. Hadis yang antara lain menyentuh mengenai kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan dan dijalankan oleh Kelab KEKAL sejak penubuhannya dan menggesa kepada ahli-ahli kelab agar sentiasa menunjukkan komitmen yang baik terhadap kegiatan yang akan diadakan oleh KELAB KEKAL bagi sama-sama menjayakannya dengan lebih baik lagi di masa yang akan datang.

Majlis pada petang itu juga diteruskan dengan bacaan Tahlil dan juga do’a kesyukuran yang dipimpin sendiri oleh KK041 – Awg. Haji Sukaimi Bin Hj Serudin bagi memohon keampunan bagi ahli dan mereka-mereka yang telah pergi kerahmatullah dan juga memohon kesejahteraan dan keselamatan agar sentiasa terpelihara daripada sebarang bahaya dan juga musibah.

Sebelum menikmati jamuan, AJK Majlis telah mempersilakan YDP – KK001 dan NYDP – KK002 Kelab KEKAL bagi sama-sama memotong Kek Ulangtahun KEKAL yang ke-5 dan majlis pada petang itu berakhir pada jam 6.00 petang.

Ahli Jawatankuasa Majlis juga dengan ini tidak lupa merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah menghadirkan diri pada petang itu dan juga kepada Restoran Safari Bistro diatas kesudian memberikan Kelab KEKAL mengadakan majlis ulang tahun disana, juga kepada wakil-wakil kelab motosikal sama ada dalam dan luar negara, kepada Adeline Ho (KBC), Sue Qcb (QCB), Img Brunei (IMG), BRC Riders (BRC), KELAB PEMODA – Ribuan Terima Kasih atas ucapan tahniah dan penghargaan yang diberikan daripada abiskita semua.


"Perpaduan Ke Arah Kejayaan"

Wednesday, December 30, 2009

PEMBUBARAN AJK EKSPEDISI KE KENINGAU-KOTA KINABALU DAN SESI POST MORTEM EKSPEDISI





RABU, 24hb Disember 2009 – Satu perjumpaan ahli kelab KEKAL telah diadakan di Balai Raya Kampong Keriam, bagi satu sessi post mortem Ekspedisi ke Keningau – Kota Kinabalu, Sabah yang baru sahaja berlalu dan diteruskan dengan pembubaran AJK-AJK dalam ekspedisi tersebut dan seterusnya menyaksikan klip-klip dan rakaman gambar-gambar yang telah diambil untuk mengenang semula keriangan dan kegembiraan yang telah dirasakan yang penuh dengan pengalaman pahit-manis ekspedisi yang baru sahaja dilalui bersama.

Wednesday, December 16, 2009

SEHARI SEBELUM EKSPEDISI KE KENINGAU – KOTA KINABALU SABAH





RABU, 16hb Disember 2009 – Sehari sebelum ekspedisi KEKAL bertolak menuju ke Keningau dan Kota Kinabalu, Sabah - ahli-ahli kelab KEKAL yang telah mendaftar untuk menyertai ekspedisi ini telah hadir dan berkumpul beramai-ramai di tempat kediaman Yang Di-Pertua KEKAL di Kampong Keriam Tutong bagi sama-sama mendengar serba sedikit penerangan, taklimat, peraturan, langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil maklum oleh peserta ekspedisi pada keesokan harinya nanti. Pada petang itu juga di selajurkan dengan bacaan do’a selamat yang dipimpin oleh Ustaz Shahrol Redhwan atau Diding bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan dalam menempuh perjalanan panjang dan seterusnya diakhiri dengan menikmati jamuan. Pada petang itu juga peserta menyerahkan passport dan pass-pass kenderaan kepada AJK pengurusan imigresen dan kastam untuk memudahkan perjalanan pada pagi besok disamping penyerahan baju-baju ekspedisi yang akan di guna pakai nanti dan juga baju yang telah disumbangkan oleh New Motors Sdn Bhd. Keriangan jelas terpapar di wajah peserta-peserta ekspedisi pada petang itu dan kelihatannya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan ekspedisi pada pagi keesokkan harinya.