PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Monday, February 9, 2009

Warga daerah Tutong turut memeriahkan sambutan

TUTONG, Ahad - Warga daerah Tutong hari ini tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan perasmian Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di perkarangan Dewan Serba guna Serambangun.
Majlis itu merupakan majlis penaikan bendera saiz sederhana besar ekoran majlis penaikan bendera berukuran besar di ibu negara hari ini yang dirasmikan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad Haji Jumat.
Penaikan bendera di daerah ini di sempurnakan anggota pasukan Polis Diraja Brunei disaksikan Pegawai Daerah Tutong Haji Idris Haji Ali serta jawatankuasa sambutan Jubli Perak Hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi daerah berkenaan.
Majlis turut di hadiri para pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Tutong bersama-sama para belia dan beliawanis, penghulu serta ketua kampung dari seluruh daerah Tutong.
Majlis hari ini menyaksikan nyanyian lagu "Allah Peliharakan Sultan" yang di nyanyikan oleh peserta yang merupakan ahli kumpulan pakaian seragam, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Daerah Tutong yang turut menyanyikan lagu-lagu patriotik.-- Courtesy of Media Permata

Saturday, February 7, 2009

Mengiringi Pegawai Daerah Tutong Sempena Hari Kebangsaan

Salam pada semua ahli;

Sesiapa yang ingin mengikuti mengiringi Pegawai Daerah Tutong sempena Hari Kebangsaan di minta berkumpul di Tamu Kg Kupang Pada pukul 8.00 pagi, 08 Febuari 2009. Semua ahli diminta memakai pakaian official Kelab Kekal, pada yang belum menpunyai baju kelab boleh memakai baju T-Shirt berwarna putih.

Sekian Terima Kasih.

Monday, January 5, 2009

Bintulu Bikers

A'salam semua;

Bintulu Bikers akan datang ke Brunei semaada 23 dan 24 Januari 2009. Bagi semua ahli yang ingin menyertai rombongan ini akan dikenakan $15 setiap ahli. Tarikh tutup pembayaran pada 18 Januari, pada hari yang sama kita akan mengadakan satu perjumpaan di Dewan Wawasan, Kg Keriam.

Sekian Harap Maklum.

Thursday, January 1, 2009

Gambar Trip ke Bintulu

A'salam Semua;

Terima kasih buat KK079 atas laman web peribadi beliau. Dibawah adalah link gambar bagi trip Ke Bintulu Sarawak tersebut.

1) http://hitokirisama.blogspot.com/

2) http://picasaweb.google.com/hsoorganizationltd/Resizer?feat=directlink