PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Wednesday, April 21, 2010

Aktiviti menyusuri Sungai Brunei mengasyikkan

Dipetik daripada MEDIA PERMATA

Oleh H Bat

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Seramai 38 anggota Kelab Motosikal 'Kekal' Daerah Tutong bersama-sama ahli keluarga baru-baru ini mengadakan aktiviti menyusuri Sungai Brunei.

Menurut pengerusi lawatan, Awang Shahronizam Haji Othman, aktiviti itu merupakan acara sampingan hujung minggu bagi mengeratkan silaturahim di kalangan ahli berserta keluarga masing-masing.

Ia juga diharap dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan melihat secara dekat keindahan pemandangan Sungai Brunei serta mengetahui dan mendekati lagi sejarah yang ada khususnya di Kampung Air seperti Jong Batu, Lumut Lunting dan Muzium Kampung Air di mana ia adalah bertepatan dengan slogan Kenali Negara Kitani Sendiri (KNK).

Monday, April 19, 2010

Aktiviti Menyusuri Sungai Brunei

Seramai 38 orang ahli kekal bersama ahli keluarga mengadakan aktiviti melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Kg.Ayer. Antara tempat-tempat yang di kunjungi ialah Kg Ayer, Jong Batu, Lumut Lunting dan Muzium Kg. Ayer. Aktiviti ini di pengerusikan oleh KK069 Shah Rooney Radhi'ni










*to see more photo click here*

Tuesday, April 13, 2010

IMPORTANT!!ATTENTION TO ALL KEKAL MEMBERS

Kepada ahli KEKAL yang ikut serta dalam aktiviti "Menyusuri Sungai Brunei" pada 18hb April 2010 (Ahad) agar dapat menghadirkan diri diperjumpaan yang bertempat di Rt.Hj.Imran pada 16hb April 2010 (Juma'at) jam 5 petang bagi pembayaran penyertaan aktiviti dan akan diteruskan dengan makluman mengenai aktiviti tersebut.

Tarikh tutup pembayaran bagi menyertai aktiviti tersebut adalah pada 16hb April 2010.

Jumlah pembayaran :
  • Dewasa $10
  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun $5
  • Kanak-kanak di bawah 5 tahun $3
*Termasuk minum pagi & makan tengah hari.

Harap Maklum.


"Perpaduan Ke Arah Kejayaan"

TAKZIAH

Takziah buat ahli KEKAL KK058 Tennyson Linggang dan keluarga di atas pemergian anak tersayang.

Buat ahli-ahli KEKAL yang ingin menghulurkan derma kilat bantuan kewangan seangkat-angkat hati boleh di hantar pada 16hb april 2010 jam 5ptg di Rt.Hj.Imran.

Harap maklum.