PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Sunday, October 10, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KMKT




























09hb OKTOBER 2010 – KMKT telah mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya bagi merayakannya bersama-sama dengan ahli-ahli yang lain yang mengambil tempat di Dewan Serbaguna Kampong Serambangun, Tutong. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Awang Jubli Bin Sulaiman, Pegawai Kanan Jabatan Pengangkutan Darat. Antara aktiviti-aktiviti dan acara-acara yang telah disusun dalam majlis itu ialah persembahan nyanyian dari ahli-ahli KMKT, penyampaian sijil-sijil bagi ahli-ahli baru, cabutan nombor bertuah dan penyampaian anugerah Biker of the year yang telah dimenangi oleh Awang Ramlee bin Bakar.

Friday, October 8, 2010

DALAM AKHBAR : KMKT VS GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH TUTONG


Thursday, October 7, 2010

KMKT VS GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DAERAH TUTONG



















07hb OKTOBER 2010 – KMKT telah mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan menentang Guru-Guru Sekolah Rendah Daerah Tutong yang bertempat di padang Universiti Brunei Darussalam. Perlawanan diadakan bagi mengeratkan lagi perhubungan sesama ahli-ahli KMKT dan juga sebagai aktiviti sampingan yang berbentuk riadah sukan. Dalam perlawanan persahabatan ini KMKT telah berjaya memenangi perlawanan ini dengan keputusan 3-0. Syabas dan tahniah kepada pemain-pemain yang telah memenangi perlawanan tersebut.

Saturday, October 2, 2010

KELAB KEKAL DI BAZAAR AMAL PUSAT EHSAN




























02hb OKTOBER 2010 – Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah menyertai Pasar Ria Amal Tahunan kali ke-5 bagi tabung dana Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang terletak di Kampong Bengkurong, Brunei. Hadir bagi merasmikan Pasar Ria Amal ini ialah Puteri KDYMM iaitu Yang Teramat Mulia Paduka seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Antara aktiviti-aktiviti di Pasar Ria Amal itu ialah jualan-jualan pelbagai barangan produk makanan dan pakaian, Permainan, aktiviti Menunggang kuda, Flying-Fox dan Membonceng motosikal dari Kelab Motosikal KEKAL . Dengan mendapatkan kupon-kupon khas untuk membeli barangan disini, pengunjong juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan bagi memeriahkan lagi suasana pasar ria amal ini. Pasar Ria Amal ini berlangsung selama 2 hari dan mendapat sambutang yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, badan-badan persendirian, swasta dan juga kerajaan.