PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Wednesday, September 1, 2010

MEMBACA YAASIN DAN TAHLIL KEPADA ALLAHYARHAM (KK085) HAJI OMARALI

Dimaklumkan kepada ahli-ahli Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong bahawa Keluarga Allahyarham Hj Omarali bin Hj Abd Kadir mengalukan kepada ahli-ahli KEKAL supaya dapat bersama-sama membaca Surah Yassin Dan Tahlil diperkuburan Allahyarham, iaitu salah seorang daripada ahli KEKAL KK085. Marilah kita sama-sama menghadirinya pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditentukan, Semoga Allahyarham mendapat keampunan, dicucuri, dirahmati dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin

TARIKH:
03hb SEPTEMBER 2010

HARI:
JUMA'AT

JAM:
7.45 Pagi

TEMPAT:
TANAH PERKUBURAN ORANG-ORANG ISLAM KAMPONG SURAN @ SUGAN

(HARAP MAKLUM)

Sunday, August 29, 2010

SUNGKAI RIDE 2010 @ RESTORAN MAHARANI



















Pictures by KK041 & KK069

Thursday, August 26, 2010

SUNGKAI RIDE 2010

Adalah dimaklumkan kepada ahli-ahli Kelab KEKAL, bahawa kitani sekali lagi pada tahun ini akan mengadakan Sungkai Ride dibulan Ramadhan yang mulia ini seperti yang pernah kitani adakan pada tahun-tahun yang sudah. Untuk makluman kitani bersama, telah berlaku perubahan tempat dimana kitani akan mengadakan sungkai tersebut. Setelah diteliti, diperbincangkan dan dipersetujui bersama, aktiviti Sungkai Ride Kelab KEKAL akan diadakan seperti yang tertera dibawah ini:

Tarikh :
29hb OGOS 2010

Hari :
AHAD

Tempat Berkumpul :
JERUDONG PARK

Jam Berkumpul :
4.30 hingga 5.00 Petang

Tempat Sungkai :
RESTORAN MAHARANI
(No.812, Kg Tanah Jambu, Jln Muara, Brunei )

Bayaran :
$7.50 (Dewasa) / $5.50 (Kanak-Kanak)

(HARAP MAKLUM)

Monday, August 23, 2010

Majlis Membaca Yaasin, Bertahlil dan Do'a Arwah

Haffyzam dan Faidatul sedang menanti kedatangan ahli-ahli yang lain

Ustaz Eddie berdebar-debar menanti baduk berbuka

Keadaan di Restoran Seri Suraziah semasa majlis diadakan

Ahli-ahli sama-sama membaca Surah Yaasin dan Tahlil

Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh KK041 Ustaz Hj Sukaimi

Ahli-ahli semasa majlis sedang dijalankan

YDP bersama-sama dengan Cikgu Jahali

Awg Jimin sedang membaca senarai-senarai kedatangan ahli

15 minit lagi kan sungkai ni

Rizal sedang merenung tajam cendul untuk berbuka puasa

Ahli-ahli semasa bacaan Tahlil dijalankan

Bro G'me sedang menyaksikan kenderaan-kenderaan melintas lalu

Uncle Mail sedang menunggu bunyi baduk untuk sungkai dari televisyen

Cucu YDP dengan cendolnya

Semasa beduk mula kedengaran

Kaut tah banyak-banyak

Sungkai kami pada malam atu, macam-macam ada

Al-hamdulillah, bersyukur atas rezeki yang telah dianugerahkan-Nya kepada kami

KK070 Ustaz Eddie membaca do'a penutup

Uncle Mail sedang mengaminkan do'a yang dibaca

Al-hamdulillah selesai lah sudah majlis kitani malam ani

Diding sedang memaklumkan sesuatu kepada ahli-ahli

Membincangkan Sungkai Ride dan beberapa aktiviti yang akan diadakan nanti

Untuk mengingati rakan-rakan dan juga ahli-ahli keluarga yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu, Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Membaca Yaasin, Bertahlil dan Do'a Arwah yang diselajurkan dengan Majlis Bersungkai bertempat di Restoran Seri Suraziah berhampiran dengan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong. Majlis ini telah diadakan pada hari Ahad bertarikh 22hb Ogos 2010 dengan dihadiri oleh 30 orang ahli. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil telah dipimpin oleh KK041 Haji Sukaimi manakala do'a Penutup pula dibacakan oleh KK070 Eddie Armie. Sebelum bersurai YDP Kelab KEKAL sempat memaklumkan tentang kejayaan Kelab KEKAL semasa mengikuti hari terbuka Ma'had Islam Brunei yang telah diadakan pada beberapa minggu yang lepas dan juga sempat memaklumkan satu aktiviti jemputan yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.