PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Friday, May 23, 2008

TUJUAN

Sebagaimana juga dengan beberapa buah pertubuhan, persatuan atau kelab yang ada di Negara Brunei Darussalam ini yang telah sah pendaftarannya oleh pihak yang berkuasa, begitulah juga halnya dengan kelab yang hendak ditubuhkan ini dengan menggariskan beberapa tujuan dan matalamat penubuhannya seperti berikut :-

1.Menyatupadukan silaturrahim penunggang-penunggang atau peminat-peminat motor yang berjentera dua roda berkuasa rendah mahupun berkuasa tinggi.

2.Membantu pekembangan dan pembangunan sukan dan olahraga, hobi, kegiatan di Daerah Tutong dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

3.Menganjurkan kejohanan-kejohanan dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah, berkebajikan dikalangan ahli-ahli persatuan, pertubuhan-pertubuhan, kelab-kelab di peringkat daerah dan kebangsaan serta menyertai jemputan kejohanan-kejohanan dalam dan luar negeri.

4.Mendokong kegiatan-kegiatan pihak kerajaan dalam menjayakan acara-acara perayaan diperingkat Daerah hingga peringkat kebangsaan.

5.Bergabung dengan kelab-kelab, persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan didalam atau luar Negara.

6.Memelihara serta mematuhi undang-undang pengguna-pengguna kenderaan bermotor (berjentera) di jalan raya.

No comments:

Post a Comment