PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Saturday, January 23, 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAB KEKAL YANG KE-5 TAHUN


















More pics - click here


JUMA’AT @ 22hb JANUARI 2010 – Pada hari ini, bagi meraikan ulang tahun yang ke-5 penubuhannya, Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah pun mengadakan satu Majlis Tahlil serta Do’a kesyukuran bertempat di RESTORAN SAFARI BISTRO, KIULAP pada jam 4.30 petang. Seramai lebih kurang 50 orang ahli KEKAL yang berdaftar telah pun menghadirkan diri bagi sama-sama memperingati hari ulangtahun bersejarah kelab KEKAL ini.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh KK070 – Awg. Eddie Armie Bin Hj. Zakaria dan seterusnya ucapan dari YDP dan juga NYDP KEKAL sendiri iaitu KK001 – Cikgu Haji Yussof Bin Hj Siput dan KK002 – Awg. Mosli Bin Haji Abd. Hadis yang antara lain menyentuh mengenai kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan dan dijalankan oleh Kelab KEKAL sejak penubuhannya dan menggesa kepada ahli-ahli kelab agar sentiasa menunjukkan komitmen yang baik terhadap kegiatan yang akan diadakan oleh KELAB KEKAL bagi sama-sama menjayakannya dengan lebih baik lagi di masa yang akan datang.

Majlis pada petang itu juga diteruskan dengan bacaan Tahlil dan juga do’a kesyukuran yang dipimpin sendiri oleh KK041 – Awg. Haji Sukaimi Bin Hj Serudin bagi memohon keampunan bagi ahli dan mereka-mereka yang telah pergi kerahmatullah dan juga memohon kesejahteraan dan keselamatan agar sentiasa terpelihara daripada sebarang bahaya dan juga musibah.

Sebelum menikmati jamuan, AJK Majlis telah mempersilakan YDP – KK001 dan NYDP – KK002 Kelab KEKAL bagi sama-sama memotong Kek Ulangtahun KEKAL yang ke-5 dan majlis pada petang itu berakhir pada jam 6.00 petang.

Ahli Jawatankuasa Majlis juga dengan ini tidak lupa merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah menghadirkan diri pada petang itu dan juga kepada Restoran Safari Bistro diatas kesudian memberikan Kelab KEKAL mengadakan majlis ulang tahun disana, juga kepada wakil-wakil kelab motosikal sama ada dalam dan luar negara, kepada Adeline Ho (KBC), Sue Qcb (QCB), Img Brunei (IMG), BRC Riders (BRC), KELAB PEMODA – Ribuan Terima Kasih atas ucapan tahniah dan penghargaan yang diberikan daripada abiskita semua.


"Perpaduan Ke Arah Kejayaan"

No comments:

Post a Comment