PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Wednesday, April 21, 2010

Aktiviti menyusuri Sungai Brunei mengasyikkan

Dipetik daripada MEDIA PERMATA

Oleh H Bat

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Seramai 38 anggota Kelab Motosikal 'Kekal' Daerah Tutong bersama-sama ahli keluarga baru-baru ini mengadakan aktiviti menyusuri Sungai Brunei.

Menurut pengerusi lawatan, Awang Shahronizam Haji Othman, aktiviti itu merupakan acara sampingan hujung minggu bagi mengeratkan silaturahim di kalangan ahli berserta keluarga masing-masing.

Ia juga diharap dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan melihat secara dekat keindahan pemandangan Sungai Brunei serta mengetahui dan mendekati lagi sejarah yang ada khususnya di Kampung Air seperti Jong Batu, Lumut Lunting dan Muzium Kampung Air di mana ia adalah bertepatan dengan slogan Kenali Negara Kitani Sendiri (KNK).

No comments:

Post a Comment