PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Friday, July 9, 2010

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM YANG KE-64 TAHUN




























TUTONG, 01hb JULAI 2010 - Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 64 tahun. Kelab Motosikal “KEKAL” sekali lagi telah dijemput bagi sama-sama mengiringi Pemangku Pegawai Daerah Tutong membawa bendera negara menuju ke Pasarneka dan Kompleks Tamu di Kampung Serambangun, Tutong. Seramai lebih dari 20 orang ahli kelab KEKAL telah pun menyertai rombongan pada pagi tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada pagi tersebut ialah Hj Mohd Rozan bin Dato Paduka Hj Mohd Yunos, Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan. Majlis dimulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah dan Do’a Selamat oleh Awg Saiful bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Penapar Tutong. Bendera Negara seterusnya dibawa melalui perarakan masuk yang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awg Abd Ghani bin Hj Othman. Pemangku Pegawai Daerah Tutong seterusnya menyerahkan bendera kebangsaaan kepada Tetamu Kehormat yang kemudiannya menyerahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaikkan.

Turut menyertai acara pada pagi tersebut selain daripada Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong ialah Persatuan Kenderaan Pacuan 4 Roda Daerah Tutong, Persatuan Pengakap Daerah Tutong, Kadet Polis dan Kadet Tentera dari Ma’had Islam Brunei, Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Tutong dan Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian Koir bertajuk “Dirgahayu dan Rahmat” yang dinyanyikan oleh Pegawai-Pegawai dan kakitangan-kakitangan dari Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Tutong.

No comments:

Post a Comment