PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Friday, August 20, 2010

KELAB KEKAL DI HARI TERBUKA MA'HAD ISLAM BRUNEI

























Pada 04hb Ogos 2010 yang lepas, Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah dijemput untuk sama-sama meraikan karnival hari terbuka Ma’had Islam Brunei yang diadakan bersempena dengan 20 tahun penubuhan sekolah tersebut.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama iaitu Ustaz Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Hj Bahar yang berkenan merasmikan pelancaran hari terbuka sekolah Ma’had Islam Brunei.

Karnival hari terbuka Ma’had Islam Brunei selama dua hari itu telah menyediakan beberapa aktiviti dan jualan-jualan seperti produk-produk kampong, buku-buku, barang-barang komputer, bunga-bunga hidup, pakaian dan hiasan dan juga makanan. Antara aktiviti lain yang diadakan pada hari tersebut ialah Pameran Motosikal dan aktiviti menunggang sambil menderma Kelab KEKAL Daerah Tutong, Kadet Tentera, Permainan Bouncer, Permainan Kikik, Menunggang Kuda, Motor ATV dan Flying Fox.

Acara yang berlangsung selama 2 hari tersebut sememangnya telah menarik ramai pengunjung-pengunjung luar dan daripada penuntut-penuntut dari sekolah-sekolah ugama, sekolah-sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dari pagi hingga ke petang bagi sama-sama memeriahkan suasana pada hari terbuka Ma’had Islam Brunei.

Thursday, August 12, 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ahli-ahli Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong dengan penuh rasa syukur ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam dimana jua biskita berada dan juga kepada rakan-rakan dua-roda dengan iringan do'a semoga segala amalan dan ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kesucian ini akan diterima oleh Allah Subhaanahu wa Ta'ala jua, Amin..Amin..Ya..Rabbal 'Alamin.

Sunday, August 1, 2010

KELAB KEKAL & KSES DI AKHBAR BORNEO BULLETIN

Keratan dari akhbar Borneo Bulletin bertarikh 29hb JULAI 2010, mukasurat 7

Laman Web Online Borneo Bulletin

MENYAMBUT LAWATAN KELAB SKUTER ELEGAN SABAH (KSES) KE BRUNEI DARUSSALAM





























GAMBAR YANG LAIN BOLEH JUGA DIDAPATI DI SINI DAN SINI

24-25hb JULAI 2010 – Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) sekali lagi telah mebuat lawatan dan mengunjungi Negara Brunei Darussalam bagi mengeratkan lagi hubungan muhibbah dan silaturrahim antara kelab-kelab motosikal di Negara Brunei Darussalam selama 2 hari 1 malam. Sebelum ini Kelab Skuter Elegan Sabah pernah mengunjungi Negara Brunei Darussalam pada 26hb Februari 2010. Pada kunjungan kali ini seramai lebih kurang 14 orang ahli Kelab Skuter Elegan Sabah telah menyertai ekspedisi tersebut dengan kebanyakkannya menggunakan Skuter jenis Elegan buatan Modenas. Rombongan dari Negeri Sabah tersebut selamat tiba di Brunei Darussalam pada jam 5 petang dan ketibaan mereka telah disambut oleh beberapa orang ahli KEKAL yang sudah sedia menunggu di Kuala Lurah.

Disebelah malam, rombongan dari Sabah itu telah dibawa menikmati makan malam di SSYEAP Café di Serusop sebelum bergerak menuju ke Bandar Seri Begawan. Bertepatan dengan sambutan perayaan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kali yang ke-64 tahun, Kelab KEKAL telah membawa ahli-ahli Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) mengunjungi tapak perayaan di Bandar Seri Begawan dan seterusnya meronda-meronda ibu kota Bandar Seri Begawan menyaksikan suasana malam perayaan yang dihiasi dengan lampu-lampu neon berwarna-warni.

Di pagi berikutnya sebelum berangkat pulang, mereka sempat dibawa untuk melawat dan meninjau ke salah sebuah hotel ekslusif di Negara Brunei Darussalam iaitu Empire Hotel & Country Club Jerudong. Dalam ekspedisi mereka ke Brunei Darussalam kali ini, rata-rata mereka cukup berpuas hati dan sangat gembira dengan keindahan Negara Brunei Darussalam serta hubungan erat dan mesra yang di berikan oleh Kelab KEKAL sepanjang keberadaan mereka di Negara Brunei Darussalam ini.

Rombongan dari Kelab Skuter Elegan Sabah akhirnya berangkat pulang meninggalkan Brunei Darussalam pada jam 12 tengahari. Saya mewakili Kelab KEKAL tidak lupa untuk mengucapkan ucapan ribuan terima kasih atas kunjungan muhibbah Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) ke Brunei Darussalam dan Kelab KEKAL tidak lupa juga untuk mengucapkan ucapan tahniah kepada Presiden baru kelab tersebut iaitu Encik Azmi atas kejayaan kelab tersebut yang telah berjaya mengadakan ekspedisi menuju ke Brunei Darussalam untuk kesekian kalinya.