PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Sunday, August 1, 2010

MENYAMBUT LAWATAN KELAB SKUTER ELEGAN SABAH (KSES) KE BRUNEI DARUSSALAM





























GAMBAR YANG LAIN BOLEH JUGA DIDAPATI DI SINI DAN SINI

24-25hb JULAI 2010 – Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) sekali lagi telah mebuat lawatan dan mengunjungi Negara Brunei Darussalam bagi mengeratkan lagi hubungan muhibbah dan silaturrahim antara kelab-kelab motosikal di Negara Brunei Darussalam selama 2 hari 1 malam. Sebelum ini Kelab Skuter Elegan Sabah pernah mengunjungi Negara Brunei Darussalam pada 26hb Februari 2010. Pada kunjungan kali ini seramai lebih kurang 14 orang ahli Kelab Skuter Elegan Sabah telah menyertai ekspedisi tersebut dengan kebanyakkannya menggunakan Skuter jenis Elegan buatan Modenas. Rombongan dari Negeri Sabah tersebut selamat tiba di Brunei Darussalam pada jam 5 petang dan ketibaan mereka telah disambut oleh beberapa orang ahli KEKAL yang sudah sedia menunggu di Kuala Lurah.

Disebelah malam, rombongan dari Sabah itu telah dibawa menikmati makan malam di SSYEAP Café di Serusop sebelum bergerak menuju ke Bandar Seri Begawan. Bertepatan dengan sambutan perayaan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kali yang ke-64 tahun, Kelab KEKAL telah membawa ahli-ahli Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) mengunjungi tapak perayaan di Bandar Seri Begawan dan seterusnya meronda-meronda ibu kota Bandar Seri Begawan menyaksikan suasana malam perayaan yang dihiasi dengan lampu-lampu neon berwarna-warni.

Di pagi berikutnya sebelum berangkat pulang, mereka sempat dibawa untuk melawat dan meninjau ke salah sebuah hotel ekslusif di Negara Brunei Darussalam iaitu Empire Hotel & Country Club Jerudong. Dalam ekspedisi mereka ke Brunei Darussalam kali ini, rata-rata mereka cukup berpuas hati dan sangat gembira dengan keindahan Negara Brunei Darussalam serta hubungan erat dan mesra yang di berikan oleh Kelab KEKAL sepanjang keberadaan mereka di Negara Brunei Darussalam ini.

Rombongan dari Kelab Skuter Elegan Sabah akhirnya berangkat pulang meninggalkan Brunei Darussalam pada jam 12 tengahari. Saya mewakili Kelab KEKAL tidak lupa untuk mengucapkan ucapan ribuan terima kasih atas kunjungan muhibbah Kelab Skuter Elegan Sabah (KSES) ke Brunei Darussalam dan Kelab KEKAL tidak lupa juga untuk mengucapkan ucapan tahniah kepada Presiden baru kelab tersebut iaitu Encik Azmi atas kejayaan kelab tersebut yang telah berjaya mengadakan ekspedisi menuju ke Brunei Darussalam untuk kesekian kalinya.

No comments:

Post a Comment