Sunday, August 29, 2010
Thursday, August 26, 2010
SUNGKAI RIDE 2010
Adalah dimaklumkan kepada ahli-ahli Kelab KEKAL, bahawa kitani sekali lagi pada tahun ini akan mengadakan Sungkai Ride dibulan Ramadhan yang mulia ini seperti yang pernah kitani adakan pada tahun-tahun yang sudah. Untuk makluman kitani bersama, telah berlaku perubahan tempat dimana kitani akan mengadakan sungkai tersebut. Setelah diteliti, diperbincangkan dan dipersetujui bersama, aktiviti Sungkai Ride Kelab KEKAL akan diadakan seperti yang tertera dibawah ini:
Tarikh :
29hb OGOS 2010
Hari :
AHAD
Tempat Berkumpul :
JERUDONG PARK
Jam Berkumpul :
4.30 hingga 5.00 Petang
Tempat Sungkai :
RESTORAN MAHARANI
(No.812, Kg Tanah Jambu, Jln Muara, Brunei )
Bayaran :
$7.50 (Dewasa) / $5.50 (Kanak-Kanak)
(HARAP MAKLUM)
Monday, August 23, 2010
Majlis Membaca Yaasin, Bertahlil dan Do'a Arwah























Untuk mengingati rakan-rakan dan juga ahli-ahli keluarga yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu, Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Membaca Yaasin, Bertahlil dan Do'a Arwah yang diselajurkan dengan Majlis Bersungkai bertempat di Restoran Seri Suraziah berhampiran dengan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong. Majlis ini telah diadakan pada hari Ahad bertarikh 22hb Ogos 2010 dengan dihadiri oleh 30 orang ahli. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil telah dipimpin oleh KK041 Haji Sukaimi manakala do'a Penutup pula dibacakan oleh KK070 Eddie Armie. Sebelum bersurai YDP Kelab KEKAL sempat memaklumkan tentang kejayaan Kelab KEKAL semasa mengikuti hari terbuka Ma'had Islam Brunei yang telah diadakan pada beberapa minggu yang lepas dan juga sempat memaklumkan satu aktiviti jemputan yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.
Friday, August 20, 2010
KELAB KEKAL DI HARI TERBUKA MA'HAD ISLAM BRUNEI























Pada 04hb Ogos 2010 yang lepas, Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah dijemput untuk sama-sama meraikan karnival hari terbuka Ma’had Islam Brunei yang diadakan bersempena dengan 20 tahun penubuhan sekolah tersebut.
Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama iaitu Ustaz Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Hj Bahar yang berkenan merasmikan pelancaran hari terbuka sekolah Ma’had Islam Brunei.
Karnival hari terbuka Ma’had Islam Brunei selama dua hari itu telah menyediakan beberapa aktiviti dan jualan-jualan seperti produk-produk kampong, buku-buku, barang-barang komputer, bunga-bunga hidup, pakaian dan hiasan dan juga makanan. Antara aktiviti lain yang diadakan pada hari tersebut ialah Pameran Motosikal dan aktiviti menunggang sambil menderma Kelab KEKAL Daerah Tutong, Kadet Tentera, Permainan Bouncer, Permainan Kikik, Menunggang Kuda, Motor ATV dan Flying Fox.
Acara yang berlangsung selama 2 hari tersebut sememangnya telah menarik ramai pengunjung-pengunjung luar dan daripada penuntut-penuntut dari sekolah-sekolah ugama, sekolah-sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dari pagi hingga ke petang bagi sama-sama memeriahkan suasana pada hari terbuka Ma’had Islam Brunei.
Subscribe to:
Posts (Atom)