






















Untuk mengingati rakan-rakan dan juga ahli-ahli keluarga yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu, Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Membaca Yaasin, Bertahlil dan Do'a Arwah yang diselajurkan dengan Majlis Bersungkai bertempat di Restoran Seri Suraziah berhampiran dengan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong. Majlis ini telah diadakan pada hari Ahad bertarikh 22hb Ogos 2010 dengan dihadiri oleh 30 orang ahli. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil telah dipimpin oleh KK041 Haji Sukaimi manakala do'a Penutup pula dibacakan oleh KK070 Eddie Armie. Sebelum bersurai YDP Kelab KEKAL sempat memaklumkan tentang kejayaan Kelab KEKAL semasa mengikuti hari terbuka Ma'had Islam Brunei yang telah diadakan pada beberapa minggu yang lepas dan juga sempat memaklumkan satu aktiviti jemputan yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.
No comments:
Post a Comment